Selasa, 28 Oktober 2014

Masih Mencari Kesempurnaan Diri ^^

Assalammualaikum.
bismillahhirohmanirrohim,permudahkan aku ya Allah..

hari ini aku cuma nak menceritakan mengenai diriku yang serba lemah dan serba kekurangan terhadap semua perkara.sesungguhnya aku mengakui bahawa aku bukanlah seorang perempuan yang hebat seperti perempuan-prempuan lain diluar sana.aku masih tidak dapat mengenali diri aku yang sebenarnya seperi mana.sesungguhnya aku cuma mengenali diri aku secara luarannya sedangkan aku sendiri tidak mengetahui keadaan dan diri aku secara dalaman.aku tidak mengenali diri aku secara dalaman.!!

masih segar di ingatanku iaitu pada syawal yang ke-6 tahun 2012 aku dengan tidak sengajanya telah mencuba satu gaya tudung yang berbeza dari aku biasa kenakan keatas kepalaku.tudung itu cuma tudung biasa dan cuma berbidang 45'.tetapi pada hari itu,aku secara tiba-tiba teringin untuk mencuba satu gaya tudung yang agak labuh.dengan serta-merta aku telah melipat segi 3 tudung itu dan dibahagian dalamnya telah aku pendekkan agar dibahagiannya nampak sedikit labuh.lalu aku telah mengenakan 'inner neck' sebelum aku menyarungkan tudung tdi ke atas kepalaku.lalu aku pergi ke hadapan cermin dan aku melihat kadaan aku pada ketika itu..

subhanallah ! aku terasa diriku sangat berbeza dari yang biasa..
i'm just feel likee my aurah dicover sepenuhnya oleh tudung tu..
perasaan ketika itu memang tidak dapat digambarkan disini..sangat tidak boleh digambarkan di sini.!
dan dalam masa yang sama perasaan gembira itu wujud.

perkara ini terjadi pada syawal ke-6 iaitu hari sabtu dan sudah sediakala kalau ditempat ku hari sabtu akan ada pasar pagi.dan sebenarnya aku telah membuat janji dengan sahabatku untuk pergi ke pasar itu bersama-sama.so,aku berfikir sudah alang-alang aku mengenakan tudung ini baik aku terus pakai saja untuk ke pasar kan fikirku.

sesampai saja shabat ke rumahku,die memandang aku dengan sangat pelik dan memberi satu senyuman perli yang sangat aku kenali.senyuman yang mengambarkan bahawa aku sangat pelik pada hari itu.tetapi aku tidak berkata apa-apa dan mengajaknya terus untuk ke pasar.
setibanya di pasar aku terus buat ayat yang paling cantik dekat dia..yang berbunyi...

"weyhh pikah,ko rase aku pelik ke hari ni? "
"ha'ah pelik..ko pakai tudung pattern lain kan?"
"ha'ah ! aku saja pakai macam nie..sebab aku rasa macam terjaga sangat aurat aku "
"hah? tak pelah kalau macam nie pon..nampak elok"
"aku rase aku nak mulakan proses berubah kearah lebih baiklah pikah "
"alhamdulillah..eloklah tu..aku masih belom masanya lagi sekarang nie..maybe one day"

*banyak lagi disembangkan..tapi tak bole cerita sini..hehehehe*

so,nak dijadikan cerita,aku mula merubah hidupku kearah yang lebih baik sedikit kerana tudung yang sdikit labuh ini..dan alhamdulillah ianya kekal..insyaallah..

tetapi aku sedikit kecewa apabila aku tidak berapa menjaga pamakaian tudung ku ketika berada di alam universiti.aku merupakan salah seorang pelajar diploma pengurusan perladangan.so ketika berada di semesta satu ini aku telah ditugaskan untuk turun ke ladang pada setiap petang untuk membuat batas tanaman.so aku meraakan pemakaian tudung yang agak labuh itu tidak bersesuian dengan situasi ketika itu.tetapi semakin hari aku semkin berfikir yang aku kene kekalkan balik ape yang aku dah ubah dalam diri aku sebelum ini.dan kini aku kembali mengenakan tudung labuh apabila ke kelas dan sebagainya kerana aku terasa sangat rugi bila aku lepaskan macam tu sahaja.

kadang-kadang aku terfikir kenapa aku tak dapat maintainkan pemakaian aku dari dulu lagi..dan jawapan itu aku masih belum dapat menjawab..

dan tolong jangan berfikiran bahawa jika aku bertudung labuh dan sentiasa menjaga aurat aku itu bermakna aku tiada kekurangan..
sesungguhnya banyak kekurangan yang terdapat didalam diri aku..aku seolah-olah cuma menjaga aurat aku sedangkan aku dengan Allah? bila difikir balik..aku sentiasa dengan keadaan dan situasi yang laghaa..seringkali melewat dan menangguh-nangguhkan solatku seringkali meninggalkan solat ku dan tidak kerap mengamalkan bacaan al-quran..sesungguhnyaa masih banyak yang aku perlu baiki dalam diri aku,,susah untuk melaksanakan semua ini jika kita masih belum dapat melawan nafsu yang besar dalam diri kita.aku juga masih tidak dapat menjaga ikhtilatku dengan ajnabi-ajnabi semua..even kawan baik sekalipon kalau dia lelaki dia masih dikira ajnabi dan dia bukan mahrah kita..!! tapi aku masih belum dapat melakukannya,,mungkin suatu masa nanti aku bole..mengelak dari ajnabi tanpa memutuskan ikatan sillaturrahim..insyaallah ameen..

okey rasanya cukup setakat ini perkongsian kisahku..salah silap harap dapat diampun..sesungguhnya aku masih belum sempurna..entri kali ini agak panjang..tapi sangat bermakna bagi aku.insyaallah..:)

perkongsian yang diambil dari facebook "little khaleefah" sangat membuka mata dan hati ku..

KALAU TAK PERNAH RASA PERITNYA SEBUAH PENGHIJRAHAN , JANGAN KATA APA APA .
Aku pernah rasa . Aku pernah lalui . Dan aku faham :')
Dari tak pakai tudung,
Mula memakai tudung,
Dari tudung singkat,
Mula labuhkan tudung,
Dari labuhkan tudung,
Mula melabuhkan lagi dan lagi.
Dari tangan terdedah,
Mula ditutup baju lengan panjang,
Dari ditutup dengan baju,
Mula pakai sarung tangan
Dari kaki terbuka,
Mula tutup biar tak terdedah.
ingat senang ke semua tu?
ingat mudah ke nak tempuh semua tu?
Belum lagi tempuh cacian orang.
Belum lagi tempuh pandangan sedara mara.
Belum lagi tempuh kritikan kawan kawan.
Ya semua tak mudah.
Dalam perit menerima kritikan dan kejian,
NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH?
YANG PALING PERIT ADALAH,
bila orang pandang kita baik,
Pandang kita sempurna,
Pandang kita cukup terjaga,
Sedangkan hati masih dicemari dosa dosa.
Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa apa.
Lagha sini sana.
Kpop merata rata.
Ikhtilat entah kemana.
Gelak tak ingat dunia.
Gedik terkinja2.
Sedangkan,
Orang ingat,
Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya.
Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya.
Muslimah tertutup itu sempurna orangnya.
Sedih bukan dianggap begitu?
Sedangkan diri tak seindah itu.
Orang yang memandang itu tak tahu.
Apa yang muslimah itu rasa.
Apa yang muslimah itu tempuh.
Dalam waktu2 dia mencuba.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu kadang kadang rapuh.
Kadang kadang jatuh.
Kadang kadang tak utuh.
Kadang kadang menyimpang jauh.
Muslimah itu kadang kadang tersasar
Kadang kadang lebih berdosa dari pendosa.
Kadang kadang terpesong dari landasannya.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu sama.
Manusia biasa.
Ada rasa.
Ada jiwa.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.
Kerana dia sedar,
Hatinya tidak sejernih yang orang lain kata.
Dia berusaha mencapai harapan orang orang yang berharap tinggi padanya.
Tabah lah muslimah.
Andai jalan itu yang di pilih.
Allah telah pun memelihara kita
Allah telah menjaga kita
Lalu, ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita
Hidayah Allah itu perlu di cari.
Bukan di nanti.
Cari sejauh mungkin.
Gali sedalam dalamnya.
Lalu, bila ia telahpun di temui,
Ia juga terpulang pada diri sendiri.
Sama ada nak grab dan terus mencari redha ilahi,
Atau biarkan saja hidayah itu pergi.
Kononnya tak cukup kuat lagi.
Kononnya nak tunggu lain kali.
Kononnya nak tunggu bersihnya hati.
Hidayah Allah itu ada waktunya.
Hidayah itu tidak menunggu kita andai kita tak pergi mendapatkannya.
Bila hidayah dah ada,
Grab terus walau hati keras berkata,
Belum bersedia.
Kerana perubahan itu tak perlu yang secara tiba tiba.
Kayuh pelan pelan asalkan ia berjalan.
Jangan biar hidayah itu pergi tanpa kita cuba mengambilnya.
Kerna bila ia pergi, belum tentu ia datang kembali.
Hati belum sedia tak apa,
Asalkan nampak usaha kita,
Sebab itu lah,
Kadang kadang
Ada juga muslimah yang memilih untuk menutup luarannya.
Bukan nak tutup dosa2 nya.
Bukan kerana nak meraih pandangan baik manusia.
Tapi Sekurang kurangnya,
Dia cuba menutup apa yang sepatutnya dia Jaga.
Melindungi Apa yang telah Allah amanahkan padanya.
Mana tahu, dengan kita menjaga hidayah yang Allah beri,
Allah beri pula kita rasa untuk mendidik hati dari dalam?
Sebab kadang kadang,
Dengan menjaga luaran, juga terdidik lah yang dalaman.
In sha Allah.
Aamiin Allahuma Aamiin..
Namun begitu,
Bila kita sudah melangkah untuk berubah,
Masih juga terkadang Muslimah itu,
Ada kesalahannya.
Ada silap langkahnya.
Ada kekurangannya.
Betul.
Manusia itu tak sempurna.
Namun jika benar perubahan itu lillahitaala,
Semua kerana Allah.
Jangan lembik!
Jangan lemah!
Bila jatuh, bangun lagi.
Bila tersungkur bangkit lagi.
Jangan mengalah.
Inginkan kan syurga,
Maka beramal lah seperti ahli syurga.
Dan yang paling penting,
Biar saja apa manusia nak kata.
Jangan expect semua manusia akan suka perubahan kita.
Deal?
Senyum.
Pegang dada.
Sematkan dalam diri.
"Aku lakukan ini kerana aku ingin bertemu kekasihku Rasulullah di syurga nanti. Aku lakukan ini kerana kasih sayang Allah yang cukup banyak membimbing aku ke sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan