Ahad, 10 Mei 2015

Permudahkan Aku

Assalammualaikum ,

Aku kembali setelah agak lama aku menyepi dari berblogging disini .

Sesungguhnya aku tiada masa untuk membuat entry baru sebab aku terlalu "sibuk" dengan dunia yang sangaaatttlah lagha.. kah !!

hmmm..sebenarnye hari nie aku terjentik nak menaip sini sebab aku rasa macam nak lepaskan sesuatu yang terpendam tau . ya ! terpendam dalam lubuk hati aku yang satu .

Lately aku selalu rasa tak tenang tau..aku selalu rasa yang ape yang aku buat sepanjang cuti semesta nie adalah benda yang tidak berfaedah langsung !

tapi tak semua lah..cuma adalah sikit-sikit tu aku rasa macam laghaaa gila..then bila aku duduk termenung sensorang baru aku terpikir , terperasan ,tersedar yang apa yang aku buat semua macam tak berfaedah..sebabbbb i'm just focus on my fone !! ( aku tolong jugak ye mak aku masak , mengemas semua tu )

Dan tetiba pada suatu petang ritu , tiba-tiba aku rasa tak tenang sangat..time tu aku duduk berdua dengan mak aku..dan dengan beraninya aku terus tanya dekat mak aku...

 "mak , apesal ehh dua tiga hari nie adek rase tak tenang aje..adek selalu rase ape yang adek buat selama nie salah..adek selalu rasa ape adek buat nie tak berfaedah , lagha "

dan dengan selamba mak aku balas


"haaa..tulah , mak selalu jugak perasan..adek memang tak berenti-renti dengan telefon adek tu..hmm..mungkin adek rase tak tenang macam nie sebab malaikat dah tegur kot..supaya adek berubah jadi lebih baik dari sekarang"

dan aku ketika tu macam nie---->  -.-" -.-" -.-" T.T

jujur aku kata , sejak aku rasa tak tenang dua tiga hari nie..aku selalu solat dan aku akan membaca al-quran..ketika aku solat dan membaca surah-surah yang ada dalam quran tu aku rasa tenang..perasaan yang sebelum nie aku rasa aku jadi lupa..tapi lepas aku habis baca quran dan aku duduk-duduk semula , perasaan tak tenang tu muncul balik..

And i feel like . . . . .


HHUUUUUAAAAAAAAAA !! T.T


Ya Allah , bantu aku T.T

Dan saat tu aku rasa aku ingin berubah dan mengubah diri aku ke arah yang lebih baik..aku nak jadi muslimah . aku nak jadi muslimah sejati..aku suka tengok kawan aku yang sedang berjinak-jinak ke jalan Allah.. aku mahu seperti dia..aku mahu mencari jalan Allah..

Sungguh aku sedih bila jadi macam nie dekat aku..rasa bersalah sentiasa menyelubungi aku..rasa tak tenang..aku mau perasaan tu pergi jauh..

Doakan aku semoga aku dapat mengubah diri aku ke arah yang lebih baik..

Doakan aku supaya aku mudah mencari keredhaanNYA

Doakan semoga aku sentiasa istiqamah dengan apa yang aku niat dan apa yang aku lakukan..


insyaallah amin..

okey , sekian saja..

uhibbukifillah <3

JannahSayangSemua :D

Assalammualaikum wbt.













Selasa, 28 Oktober 2014

Masih Mencari Kesempurnaan Diri ^^

Assalammualaikum.
bismillahhirohmanirrohim,permudahkan aku ya Allah..

hari ini aku cuma nak menceritakan mengenai diriku yang serba lemah dan serba kekurangan terhadap semua perkara.sesungguhnya aku mengakui bahawa aku bukanlah seorang perempuan yang hebat seperti perempuan-prempuan lain diluar sana.aku masih tidak dapat mengenali diri aku yang sebenarnya seperi mana.sesungguhnya aku cuma mengenali diri aku secara luarannya sedangkan aku sendiri tidak mengetahui keadaan dan diri aku secara dalaman.aku tidak mengenali diri aku secara dalaman.!!

masih segar di ingatanku iaitu pada syawal yang ke-6 tahun 2012 aku dengan tidak sengajanya telah mencuba satu gaya tudung yang berbeza dari aku biasa kenakan keatas kepalaku.tudung itu cuma tudung biasa dan cuma berbidang 45'.tetapi pada hari itu,aku secara tiba-tiba teringin untuk mencuba satu gaya tudung yang agak labuh.dengan serta-merta aku telah melipat segi 3 tudung itu dan dibahagian dalamnya telah aku pendekkan agar dibahagiannya nampak sedikit labuh.lalu aku telah mengenakan 'inner neck' sebelum aku menyarungkan tudung tdi ke atas kepalaku.lalu aku pergi ke hadapan cermin dan aku melihat kadaan aku pada ketika itu..

subhanallah ! aku terasa diriku sangat berbeza dari yang biasa..
i'm just feel likee my aurah dicover sepenuhnya oleh tudung tu..
perasaan ketika itu memang tidak dapat digambarkan disini..sangat tidak boleh digambarkan di sini.!
dan dalam masa yang sama perasaan gembira itu wujud.

perkara ini terjadi pada syawal ke-6 iaitu hari sabtu dan sudah sediakala kalau ditempat ku hari sabtu akan ada pasar pagi.dan sebenarnya aku telah membuat janji dengan sahabatku untuk pergi ke pasar itu bersama-sama.so,aku berfikir sudah alang-alang aku mengenakan tudung ini baik aku terus pakai saja untuk ke pasar kan fikirku.

sesampai saja shabat ke rumahku,die memandang aku dengan sangat pelik dan memberi satu senyuman perli yang sangat aku kenali.senyuman yang mengambarkan bahawa aku sangat pelik pada hari itu.tetapi aku tidak berkata apa-apa dan mengajaknya terus untuk ke pasar.
setibanya di pasar aku terus buat ayat yang paling cantik dekat dia..yang berbunyi...

"weyhh pikah,ko rase aku pelik ke hari ni? "
"ha'ah pelik..ko pakai tudung pattern lain kan?"
"ha'ah ! aku saja pakai macam nie..sebab aku rasa macam terjaga sangat aurat aku "
"hah? tak pelah kalau macam nie pon..nampak elok"
"aku rase aku nak mulakan proses berubah kearah lebih baiklah pikah "
"alhamdulillah..eloklah tu..aku masih belom masanya lagi sekarang nie..maybe one day"

*banyak lagi disembangkan..tapi tak bole cerita sini..hehehehe*

so,nak dijadikan cerita,aku mula merubah hidupku kearah yang lebih baik sedikit kerana tudung yang sdikit labuh ini..dan alhamdulillah ianya kekal..insyaallah..

tetapi aku sedikit kecewa apabila aku tidak berapa menjaga pamakaian tudung ku ketika berada di alam universiti.aku merupakan salah seorang pelajar diploma pengurusan perladangan.so ketika berada di semesta satu ini aku telah ditugaskan untuk turun ke ladang pada setiap petang untuk membuat batas tanaman.so aku meraakan pemakaian tudung yang agak labuh itu tidak bersesuian dengan situasi ketika itu.tetapi semakin hari aku semkin berfikir yang aku kene kekalkan balik ape yang aku dah ubah dalam diri aku sebelum ini.dan kini aku kembali mengenakan tudung labuh apabila ke kelas dan sebagainya kerana aku terasa sangat rugi bila aku lepaskan macam tu sahaja.

kadang-kadang aku terfikir kenapa aku tak dapat maintainkan pemakaian aku dari dulu lagi..dan jawapan itu aku masih belum dapat menjawab..

dan tolong jangan berfikiran bahawa jika aku bertudung labuh dan sentiasa menjaga aurat aku itu bermakna aku tiada kekurangan..
sesungguhnya banyak kekurangan yang terdapat didalam diri aku..aku seolah-olah cuma menjaga aurat aku sedangkan aku dengan Allah? bila difikir balik..aku sentiasa dengan keadaan dan situasi yang laghaa..seringkali melewat dan menangguh-nangguhkan solatku seringkali meninggalkan solat ku dan tidak kerap mengamalkan bacaan al-quran..sesungguhnyaa masih banyak yang aku perlu baiki dalam diri aku,,susah untuk melaksanakan semua ini jika kita masih belum dapat melawan nafsu yang besar dalam diri kita.aku juga masih tidak dapat menjaga ikhtilatku dengan ajnabi-ajnabi semua..even kawan baik sekalipon kalau dia lelaki dia masih dikira ajnabi dan dia bukan mahrah kita..!! tapi aku masih belum dapat melakukannya,,mungkin suatu masa nanti aku bole..mengelak dari ajnabi tanpa memutuskan ikatan sillaturrahim..insyaallah ameen..

okey rasanya cukup setakat ini perkongsian kisahku..salah silap harap dapat diampun..sesungguhnya aku masih belum sempurna..entri kali ini agak panjang..tapi sangat bermakna bagi aku.insyaallah..:)

perkongsian yang diambil dari facebook "little khaleefah" sangat membuka mata dan hati ku..

KALAU TAK PERNAH RASA PERITNYA SEBUAH PENGHIJRAHAN , JANGAN KATA APA APA .
Aku pernah rasa . Aku pernah lalui . Dan aku faham :')
Dari tak pakai tudung,
Mula memakai tudung,
Dari tudung singkat,
Mula labuhkan tudung,
Dari labuhkan tudung,
Mula melabuhkan lagi dan lagi.
Dari tangan terdedah,
Mula ditutup baju lengan panjang,
Dari ditutup dengan baju,
Mula pakai sarung tangan
Dari kaki terbuka,
Mula tutup biar tak terdedah.
ingat senang ke semua tu?
ingat mudah ke nak tempuh semua tu?
Belum lagi tempuh cacian orang.
Belum lagi tempuh pandangan sedara mara.
Belum lagi tempuh kritikan kawan kawan.
Ya semua tak mudah.
Dalam perit menerima kritikan dan kejian,
NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH?
YANG PALING PERIT ADALAH,
bila orang pandang kita baik,
Pandang kita sempurna,
Pandang kita cukup terjaga,
Sedangkan hati masih dicemari dosa dosa.
Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa apa.
Lagha sini sana.
Kpop merata rata.
Ikhtilat entah kemana.
Gelak tak ingat dunia.
Gedik terkinja2.
Sedangkan,
Orang ingat,
Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya.
Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya.
Muslimah tertutup itu sempurna orangnya.
Sedih bukan dianggap begitu?
Sedangkan diri tak seindah itu.
Orang yang memandang itu tak tahu.
Apa yang muslimah itu rasa.
Apa yang muslimah itu tempuh.
Dalam waktu2 dia mencuba.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu kadang kadang rapuh.
Kadang kadang jatuh.
Kadang kadang tak utuh.
Kadang kadang menyimpang jauh.
Muslimah itu kadang kadang tersasar
Kadang kadang lebih berdosa dari pendosa.
Kadang kadang terpesong dari landasannya.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu sama.
Manusia biasa.
Ada rasa.
Ada jiwa.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.
Kerana dia sedar,
Hatinya tidak sejernih yang orang lain kata.
Dia berusaha mencapai harapan orang orang yang berharap tinggi padanya.
Tabah lah muslimah.
Andai jalan itu yang di pilih.
Allah telah pun memelihara kita
Allah telah menjaga kita
Lalu, ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita
Hidayah Allah itu perlu di cari.
Bukan di nanti.
Cari sejauh mungkin.
Gali sedalam dalamnya.
Lalu, bila ia telahpun di temui,
Ia juga terpulang pada diri sendiri.
Sama ada nak grab dan terus mencari redha ilahi,
Atau biarkan saja hidayah itu pergi.
Kononnya tak cukup kuat lagi.
Kononnya nak tunggu lain kali.
Kononnya nak tunggu bersihnya hati.
Hidayah Allah itu ada waktunya.
Hidayah itu tidak menunggu kita andai kita tak pergi mendapatkannya.
Bila hidayah dah ada,
Grab terus walau hati keras berkata,
Belum bersedia.
Kerana perubahan itu tak perlu yang secara tiba tiba.
Kayuh pelan pelan asalkan ia berjalan.
Jangan biar hidayah itu pergi tanpa kita cuba mengambilnya.
Kerna bila ia pergi, belum tentu ia datang kembali.
Hati belum sedia tak apa,
Asalkan nampak usaha kita,
Sebab itu lah,
Kadang kadang
Ada juga muslimah yang memilih untuk menutup luarannya.
Bukan nak tutup dosa2 nya.
Bukan kerana nak meraih pandangan baik manusia.
Tapi Sekurang kurangnya,
Dia cuba menutup apa yang sepatutnya dia Jaga.
Melindungi Apa yang telah Allah amanahkan padanya.
Mana tahu, dengan kita menjaga hidayah yang Allah beri,
Allah beri pula kita rasa untuk mendidik hati dari dalam?
Sebab kadang kadang,
Dengan menjaga luaran, juga terdidik lah yang dalaman.
In sha Allah.
Aamiin Allahuma Aamiin..
Namun begitu,
Bila kita sudah melangkah untuk berubah,
Masih juga terkadang Muslimah itu,
Ada kesalahannya.
Ada silap langkahnya.
Ada kekurangannya.
Betul.
Manusia itu tak sempurna.
Namun jika benar perubahan itu lillahitaala,
Semua kerana Allah.
Jangan lembik!
Jangan lemah!
Bila jatuh, bangun lagi.
Bila tersungkur bangkit lagi.
Jangan mengalah.
Inginkan kan syurga,
Maka beramal lah seperti ahli syurga.
Dan yang paling penting,
Biar saja apa manusia nak kata.
Jangan expect semua manusia akan suka perubahan kita.
Deal?
Senyum.
Pegang dada.
Sematkan dalam diri.
"Aku lakukan ini kerana aku ingin bertemu kekasihku Rasulullah di syurga nanti. Aku lakukan ini kerana kasih sayang Allah yang cukup banyak membimbing aku ke sini

Ahad, 26 Oktober 2014

SEMUANYA PERMATA ^^

hye assalammualaikum..!
alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis pada hari nie.
well,rasenya agak lama aku tak menaip and sekarang rasa agak kekok untuk membuat entri yang baru.tapi takpe kite cube..hahaha

alright let start..bismillahhirohmannirrohim

okey,hari nie aku nak cerita tentang terbentuknya ukhwah bersahabat.

tak dapat ditutupi lagi yang kehidupan sebenarnya kalau kita semua berada di alam universiti or whatever kita mesti akan dikaitkan dengan kawan-kawan yang ada disamping dan disekeliling kita.

Kenapa aku cakap macam tu? sebabnya......

kalau setiap kali aku telefon parent aku mereka mesti akan tanya macam mane keadaan dekat sana dik?(uitm),duit ada lagi ke? makan cukup tak? kawan-kawan okey je ke dekat sana..jangan gaduh-gaduh dengan kawan ye dik..

haaa? so..inilah yang aku maksudkan yang kawan sangat penting bila kita berada di peringkat yang lebih tinggi.

setakat sekarang,aku rasa tersangat bersyukur sebab aku telah dipertemukan dengan mereka-mereka yang aku rasa menyayangi aku seperti mana aku juga menyayangi mereka sebagai sahabat..
secara jujurnya,mereka adalah sahabat-sahabat yang terbaik yang pernah aku jumpa..
dari mereka aku dapat mengenali erti kerjasama dalam segala macam hal..just bayangkan bila kami semua ditugaskan untuk membuat batas di ladang..and time tu aku tak mampu untuk membuat sorang kerana keadaan tanah yang aku dapat ketika itu agak keras dan tidak terdaya untuk aku melalukan seorang.ketika ini kawan-kawan semua datang untuk membantu aku dan ketika itulah aku dapat mengenali mereka dengan sangat rapat.

tugasan and just abaikan gamba kaki sape ntah tu..hehe

okey next..! seminggu selepas aku masuk ke universiti semua umat islam telah menyambut kedatangan bulan ramadhan yang sangat berkah..Dan apabila syawal semakin hampir aku dan kawan-kawan semua telah plan untuk berbuka puasa di luar.kami pergi dalam keadaan yang tak berapa dirancang tapi alhamdulillah keadaan jadi sangat meriah malam tu sebab semua orang aku nampak happy je..for the 1st time kot kami keluar same-same then  order buffet sampai beratus..hahaha
tapi alhamdulillah tiada pembaziran yang berlaku,sebab ade seorang classmate yang tukang bersihkan semua makanan sehiggakan ikan hanya tinggal tulang and mata,,hahahaha


melalui sini ukhwah kami semua semakin terjalin.. :)

tak dilupakan juga kepada team Meja Bulat yang sentiasa hingaq di whatsapp..hahaha
kalau takde Meja Bulat nie aku rase mesti kita takkan jadi serapat macam sekarang yang secara selamba share gambar-gambar pelik sama-sama.and yang paling penting,kalau kita dok membahan antara satu sama lain depa takdak rasa marah or tarik-tarik muka sampai tahap putus kawan tu,,haha
mengenali mereka adalah sesuatu yang sangat berharga !

hope ukhwah berkekalan kawan ! :)

walaupon sekarang aku dah berada di alam universiti tapi aku takkan lupekan kawan-kawan aku yang terbaik ketika aku berada dizaman persekolahan dulu..zaman SPM memang superb awesome and the legend lah..kenangan 4 dan 5 ibnu majah memang takkan lupus dalam ingatan..insyaallah..

kenangan berharga ! 

and last is for my bestfriend ever..!! here we go..Nursyafiqah binti robian..seorang sahabat yang sangat baik bagi aku..kawan yang selalu dengar masalah aku,tempat yang aku selalu kongsi cerita suka dan duka..kawan yang selalu aku ajak lepak dekat library sekolah..kawan yang selalu jalan besama..kawan yang aku kenal dari tadika and naik sekolah rendah and naik sekolah menengah and sekarang dia melanjut pelajaran di politeknik penang..and kenanganyang tak boleh lupa bila kita dok sembang pasai cikgu memandu masing-masing serta kenangan membuat maskot bodoh dalam library..bhahahaha 

kenangan potluck !

kenangan lepak library siapkan maskot bodoh..haha

kenangan pergi kursus kahwin pedana sama-sama !

kenangan lepas SPM pergi pasar petang sama-sama !! serius rindu :(

alright alhamdulillah berjaya meluahkan dan berjaya membuat entri yang baru..yiepppieee !!!
p/s:kalau ade salah silap mohon dapat diampun and kalau ade tertypo tu dikire lumrahlah ye komee..hahaha

bye guyss assalammualaikum and see yaa..*peace*



-SLOT GALLERY SAHABAT-

BAKTI SISWA GUYSS 





IFTAR YASMEEN 


HERO?

KENANGAN LAST DAY LADANG 1ST SEMESTER 


WITH MADAM J

MEJA BULAT OFFICIAL 

CLASSMATE THE SUPERB AWESOME 









Khamis, 1 Mei 2014

sahabat,kebahagiaan,kenangan..:)

assalammualaikum ^^

hell0 h0lla h0llie cikeb00m cikeb00m

ghinduu aku tak..??hahaha
 *ehh bajet macam k0 femes sangat je kan sampai tanye 0rang lain rindu kau ke tak*
brrr~~ kalau aku tanye s0lan macam nie(seperti diatas)aku paling bencilah feedback yang seghupe itu..-.-" s0 grrrrr~~ haha

0keyy..whatever..!! s0 n0w aku nak menaip pulakk..jangan ade sesape kacau aku..kalau ade yang kacau aku akan ku pancung dan darahnya akan ku minum..!! muahahaha muahahaha *evillaugh

lama dah x tulis bl0g nie..s0 n0w kalau nak start tulis balik memang memerlukan inspirasi dan angan-angan yang sangat tinggi bia cerita nampak menarik dan tertarik buat pembaca2 semua(gaya sembang macam ade banyak je pembaca bl0g kau) hahaha

.mukadimah
amik kau..yang banyak2 kat atas tu bukan mukadimah ghupenyee..hahaha..

BERKEINGINAN
serius aku cakap aku punye keinginan nak drive kereta sendiri pergi memane bawak kawan-kawan yang super kep0chiess(noran ajar) sangat tinggi plus meluas sekarang nie..
sebab?? entah,, maybe sebab aku teng0k n0ran yang dengan selamba je bawak kami pergi jalan2 k0tt..ya Allah sangatlah ser0n0k aku rase kalau aku dapat bawak family atau kawan-kawan aku pergi jenjelan kat mane-mane dan aku yang drive masa tu...perghh rase-rasenye perasaan memang tak dapat dikawal dah..ntah2 sampai tahap gembira yang b0leh meleleh ayaq mata syawal tu ape..hahaha klak0

KASUT GUWA PUTUS
-,-"..memang tak dapat diungkap dengan kata-katalah bila kasut tetibe putus tyme keluar dari kereta.
tapi kene ungkapkan jugak kat member2 aku..kalau tak acane aku nak c0ver aku punye kasutt tu kan?? perghh perasaan tyme tu..cube k0rang bayangkan kelua2 kereta niat nak pergi secret resepi tibe-tibe bila keluar kasut k0rang putuss..!! makk aii..rase nak maki je kasut tu tau x..!! tapi nasib aku puase je tyme tu,,s0 kesabaran aku banyaklah..kalau tak mmg kene dah kasut tu..hahaha -.-"..terj0ngket2 aku jalan sebab nak c0ver kasut...k0n0n 0key lah b0le c0ver lagi sebab 0rang x ramai dekat jalan tu..tup-tup bila sampai depan pintu secret resepi,punya lah ramaii manusia kat dalam tu..1 malaysia lagi..cina melayu india semua ada,,hurmm aku p0n ape lagi..perasaan nak masuk secret resepi tu macam dah hilang je..yelah gila nak masuk sercret resepi dengan kasut putus..!! secret resepi k0tt!! nak dikatekan kedai yang agak tinggi tarafnye,,tiba-tiba aku masuk dengan kasut putus..x ke klak0 tu,,hahaha
tapi nasib ade gha..die memang penyelamat aku lah..die yag t0l0ng c0ver aku pnye kasutt,,Ngee~ tq ye beb..s0 ku dapatlah masuk dengan hati yag tenang..ceeehhhh,,hahaha sepanjang dalam kedai tu aku asik cakap dekat die0rang je..lepas makan nie teman aku pergi kedai kasutt..x lalu aku nak jalan dengan kasut putus..hahaha,,nasib n0ran baik t0l0ng bawakkan pergi kedai kasutt..walaup0n parking agak jauh,,hahaha
hurmm..walaup0n dengan macam bende B***H je yang berlaku ari nie,,but bende nie lah yang kite panggil as kenangan right..?? sweet mem0ries bak kate 0mputihh,,kahkahkah

sebenanye banyak lagi bende nak cerita,,tapi aku rase kalau aku taip kat sini mau sampai luse tak abis..-,-" aku rase ckuplah k0tt cerita pasai keinginan aku nak drive sekaligus pasai kasut putus..hahaha
ade terase pelik tak aku cerita pasai kasut putus nie..?? kenapa aku rase macam pelik je tulis bl0g pasai kasut putus.hahaha..tapi tak pe k0tt,,sape berani nak tegur aku kan..bl0g aku k0tt..hahaha tpi kalau ade yang tegur p0n xpe jugak..b0le aku baiki sikit aku punye penulisan bl0g nie..behbehbeh



                selfiee nie harus tau tak..?? sesuatu perkara yang mendatangkan kebahagiaan..muahahahaha


          ya rabbi..happy bebeb0 ke aku tyme nie..perubahan muke yang sangat tahpape dri gamba atas dan                                            bawah..ajenye semangat ben0 aku senyum nye p0n..hahaha

penutup
hurmm 0keyy aku malas nak taip pepanjang dah..tapi yang nie aku kene bagi tau jugak..bukan ape..aku just nak bagi tau yang sebuah ikatan persahabatan tu mesti kene ade jugak dekat dalam diri sese0rang individu..tak tau kenape..tapi mesti kene ade jugak..tau tak yang sebenanye kawan sahabat member dan seangkatan denganye semua nie sangat membantu kite dalam melengkapkan kehidupan kite yang sementara nie..kalau bagi aku lah..kawan nie adalah tempat kedua untuk aku happy selepas dari family besa aku..tanpa kawan aku mesti akan rase kurang je..yelah cube bayangkan kalau aku x de kawan..x delah aku dapat bergamba seperti di atas tu and x merase lah aku secret resepi..!! muahahahaha s0 kite kene cari kawan and bila dah ade kawan tu t0l0nglah hargai mereka jangan nak s0mb0ng sangat 0keyy..*kenyitMata..cehhhh,,,hahaha

Great siap p0n penutup..!! haha

p/s: huruf "0" r0sak n aku terpakse gune k0s0ng..s0 jangan nak pelik sudah pasaipa tetibe ape satu huruf yang besar kat perkataan2 aku..hahaha
     : n0ran(driver) julia(c0-driver) cheah(passenger) gha(passenger) me jannah(passenger)

sayang semuaa..!! sayang pikahh jugakk..die x de dalam gamba sebab ade hal yang x b0le dielakkan..hahaha
   
w0keyy siap!!
baibai semua assalammualaikumm..aku malas nak tulis dah..-,-"                                                        

Ahad, 13 April 2014

Dianugerahkan 2 insan yang istimewa.. :)

my nephew !

'Aisy Humaira binti Shahrul Bahtiar dan Rania Qaisara binti Shahrul Bahtiar. 2 orang budak nielah yang sangat banyak mewarnai hari-hari "minggu" aku buat masa sekarang nie.,haha

kenapa?

haa mesti pelikkan kenape 2 orang je and dahlah budak2 pulak.tak mature langsung !

Hello sukahatilah aku nak tulis berapa orang budak pon.aku yang punya blog! bhahahaha

okeyy ! let's start..first,aku tulis 2 orang budak sebab anak sedara aku buat masa sekarang nie baru dua orang .so tak kan aku nak tulis sampai 5 pulakkan? haha~~ and kenapa aku tulis mereka nie selalu mewarnai hari2 "minggu" aku sebab dieorang  nie selalu balik hari2 minggu je..-.-" almaklumlah bapak dieorang nie a.k.a abang aku kerja sebagai seorang cikgu..so masa2 free die hari2 minggu jelah kan?

okeyy settle satu..Ngee~~

second,aku sayang giiiilaaaa kat deme(mereka) 2 orang nie ! sayang tahap 9 kalo ikot gred 1-10..hahhaha
even deme nie tersangatlah kuat mainnye, tpi aku layan kan aje kerenah 2 budak nie and ada kalanya aku yang TERover kalau aku join skali main dengan dieorang nie..hahha
kebiasaannya aku selalu jadi "orang tengah" untuk dieorang nie.biasalah kan budak2 kalau main mesti ade jerw yang x puas hatinye..hmm same lah dengan 'aisy n rania nie..masyaallah kalau bab main nie selalunye lebih memihak kepada si adik(rania)..kalau dah namanye "adik" semua die nak..*terkene kat aku skali* dan seperti biasa,kalau dah si adik menang dengan cara menangis2 segala bagai tu mestilah si kakak akan bengang tahap muka macam monalisa kat dalam frame tu..bhahaha..so aku lah yang selalu jadi hero mendamaikan masalah gaduh main budak2 nie..*bangga* caranya? carilah permainan yang baru bagi pihak yang kalah tu. haa kan settle..!bhahahahahaha*evil laugh*
tapi tapi tapi kalau x jalan jugak cara tu aku buat2 je marah..x pon buat2 pengsan..biar takutt..hahaha

itu baru sikit.belum habis lagi ade lagi satu..

bertuahnye budak2 nie sebab rumah uwo(nenek) dieorang kiri kanannye kedai..so senanglah kalau nak macam-macam..nak keropok pergi kedai nak aiskrim pergi kedai nak itu nak ini pergi kedai..tambah2 pulak kalo hari sabtu..ade pasar..haa kalau budak2 yang jenis suke pergi kedai tiba-tiba terjumpe pulak pasar.. lagilah semangat die melebihi tahap..hahaha

dialog si adik dan si kakak..

cikk Anaaa nak duit..*sambil buat muka comel* nak pegi kedai embah nak beli eskem..nak duit nak beli keropok.nak duit nak beli coklat..~~
dan sejam lepas tu perkara yang sama terjadi lagi..hahaha


       
okeyylah malas dah nak taip,,tpi penutup mesti mau tulis maa..hahaha..
okeyy walaupon dua orang budak nie nakal,selalu nangis,and selalu buat muke tapi dieorang lah yang buat aku,kakak,abang,mak n ayah aku happy..hahaha
lastly...hope tahun-tahun hadapan bilangan anak buah aku semakin bertambah.and i also hope yang abang or akak aku terbaca blog nie..dan aku yakin yang dieorang faham ayat penutup aku nie..muahahamuahahamuahaha

*my first try and my first post*

okeyy byee,,assalammualaikum. :D